Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Syukur kepadanya di atas segala nikmat dan kurniaan.
Blog ini saya wujudkan untuk berkongsi analisis pelaburan futures saya dan bertukar pendapat dengan pelawat-pelawat bagi meningkatkan ilmu dan pengalaman kita semua dalam bidang futures trading.
Semoga dengan kewujudan blog ini, dapat membantu memberikan anda sedikit sebanyak idea dalam menjalankan trading futures contract.
Semoga kita semua dapat mencapai cita-cita kita untuk menjadi futures trader yang berjaya!
Salam saya nak tanya..boleh tak saya minta penjelasan lanjut dari tuan mengenai futures trading ini. Saya telah membaca beberapa artikel tetapi masih kurang faham. Yang saya tahu,ia adalah sejenis derivative instrument dan digunakan untuk speculation. Adakah ia syariah compliant?
ReplyDeleteTerima kasih
Waalaikumussalam wbt. betul puan. FCPO adalah produk derivatives futures yang patuh syariah. Saya rasa ia apply juga untuk produk-produk komoditi lain kecuali emas dan perak.
ReplyDeleteIni kerana urusniaga komoditi seperti ini boleh dijalankan secara bertangguh. Tidak seperti emas, perak dan matawang (forex) yang urusniaganya tidak boleh dijalankan secara bertangguh kerana akan timbul riba jual beli di situ.
Wallahualam.